Isnin, 21 Februari 2011

Khasiat Makanan

Di Malaysia, bijirin yang dikenali umum sebagai "barli" sebenarnya merujuk kepada satu tanaman lain yang panggil "air mata Nabi Ayub" dalam bahasa Inggeris (Job's Tears, coix lacryma-jobi). Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama "barli" atau "barli mutiara Cina".

Barli yang ditanam merupakan keturunan dari Barli liar (Hordeum spontaneum), yang masih boleh ditemui di Timur Tengah. Kedua-dua bentuk (luder) adalah diploid (2n=14 kromosom). Kesemua variasi barli menghasilkan biji benih yang mampu tumbuh apabila dikacukan dan dengan itu dianggap satu spesies yang sama masa kini. Perbezaan utama antara berli liar dan yang ditanam adalah rachis rapuh pada barli liar yang membantu kepada penyebaran sendiri (self-propagation). Jumpaan terawal barli datangnya dari tapak Epi-Paleolitik di Levant, bermula di Natufian. Barli yang ditanam telah dijumpai pada lapisan akeramik neolitik (PPN B) di Tell Abu Hureyra di Syria. Penanaman barli kelihatannya sama dengan gandum.
Barli, dilihat sebagai pemberian utama dan silam dari bumi, mempunyai kepentingan upacara (had ritual significance), kemungkinannya dari tempoh terawal Misteri Eleusinian (Eleusinian Mysteries). Penyediaan kykeon atau minuman campuran bagi penerimaan (initiates), disediakan dari barli dan herba, dirujuk dalam Homeric hymn hingga Demeter, yang juga dikenali sebagai "Ibu-barli".
Orang-orang Greek mengeringkan barli groats dan mengoreng mereka sebelum menyediakan bubur, menurut Pliny yang tua Sejarah Semulajadi Pliny (Pliny's Natural History) (xviii.72). Ini menghasilkan malt yang menapai dan menjadi beralkohol sedikit.
Barli boleh dibahagikan kepada dua kumpulan penanaman, musim luruh dan bunga (fall and spring), yang boleh ditambah variati kacukan dikenali sebagai (bear) atau (bigg), yang mempunyai kandungan zat yang setara, walaupun lebih berkualiti rendah. Jenis musim bunga ditanam seperti oat; jenis musim luruh, seperti gandum musim luruh. Barli awal, dengan pelbagai nama, pernah ditanam di Britain di atas tanah yang direhatkan pada musim panas tahun lepas, atau pada tanah dalam keadaan baik (high condition).
Musim penanaman benih barli musim bunga adalah dalam tempoh March atau April, walaupun hasil yang baik pernah dihasilkan oleh benih yang disemai lebih lewat.
Barli boleh dibahagikan kepada jumlah baris kernal pada kepala. Tiga spesies telah ditanam; barli dua baris (Hordeum distichum), barli empat baris (Hordeum tetrastichum L. dan barli enam baris(Hordeum vulgare) pembahagian menurut istilah traditional. Dalam barli dua baris hanya satu bunga subur, dua dalam variati empat baris two, dalam enam baris ketiga-tiganya; penanaman barli moden biasanya menggunakan H. vulgare.
Barli dua baris merupakan bentuk jenis terawal, barli liar turut mempunyai dua baris. Barli dua baris mempunyai kandungan protin lebih rendah berbanding barli enam baris tetapi mempunyai kandungan enzim lebih tinggi. Barli berprotin tinggi paling sesuai bagi makanan haiwan atau menghasilkan malt yang mempunyai kandungan (adjunct) tinggi. Barli dua baris terbaik bagi malt tulin. Barli empat baris tidak sesuai bagi penapaian.
Terdapat juga barli tanpa sekam dan (hulled), barli bersekam hulled adalah bentuk lebih awal.
Barli sesuai dengan pelbagai keadaan dan masa kini merupakan tanaman utama di kawasan serdahana dan tropika.
Barli merupakan makanan ruji bagi manusia dan haiwan lain. Ia lebih tahan tanah dengan kandungan garam yang tinggi berbanding gandum, yang mungkin menjelaskan peningkatan penanaman barli di Mesopotamia semenjak Milinium ke 2 BC seterusnya. Barli masih mampu hidup dalam keadaan yang terlalu sejuk walaupun bagi rye.

Penghasilan barli malt merupakan kandungan utama penghasilan bir dan wiski.
Di Malaysia, bijirin yang dikenali umum sebagai "barli" sebenarnya merujuk kepada satu tanaman lain yang panggil "air mata Nabi Ayub" dalam bahasa Inggeris (Job's Tears, coix lacryma-jobi). Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama "barli" atau "barli mutiara Cina". Air "barli" ini enak diminum panas atau sejuk. Ia dianggap dapat menyejukkan badan dalam kepercayaan orang Cina.

Menurut Household Cyclopedia 1881:
Selain daripada gandum tanaman bijiran paling berharga adalah barli, terutamanya ditanah ringan dan berbatu (light and sharp soils). Ia adalah tanaman bijiran lemah dan mudah rosak pada semua peringkat tumbesarannya, terutamanya semasa percambahan; hujan lebat hampir pasti merosakkan tanaman ditanah terbaik; dan dalam semua proses selepasnya perhatian dan usaha lebih diperlukan bagi menjamin kejayaan berbanding bijiran lain. Proses penuaian adalah paling sukar, dan seringkali diiringi bahaya; malah melerai barli sukar dilaksanakan menggunakan mesin, kerana bulu dipuncaknya (awn) cenderung melekat pada biji benih dan menyukarkan tugas memisahkan biji daripada jerami. Malah, barli, lebih manja berbanding gandum, dan secara umumnya adalah tanaman berisiko tinggi. Kecuali pada tanah yang subur dan (genial), di mana cuaca sesuai bagi penanaman gandum, ia tidak patut ditanam.
Penyediaan tanah
Barli biasanya ditanam selepas bawang, dan kadang-kala selepas kacang pea dan kacang, tetapi jarang sekali seseorang petani yang bagus menyemainya selepas gandum dan oat, kecuali di bawah sebab-sebab tertentu. Sekiranya disemai selepas bawang ia biasanya dilakukan selepas satu bajakan, yang dilakukan sepantas bawang dituai, dengan itu tanah mendapat kebaikan daripada frost musim bunga. Tetapi seringkali dua atau lebih bajakan diperlukan bagi ladang yang dituai, kerana apabila kemarau musim bunga tiba, permukaan tanah menjadi keras walaupun selepas tanaman sebelumnya baru dituai. Ini menjadikan pembajakan, menyisir dan memadatkan tanah yang lebih kerap diperlukan daripada biasa. Apabila disemai selepas kacang peas dan kacang, bajak semasa musim sejuk dan bunga biasanya dilakukan: tetapi apabila selepas tanaman gandum atau oat, tiga bajak diperlukan, agar tanah berada dalam keadaan sesuai. Operasi ini amat sukar dalam musim hujan dan lewat, dan jarang dalam kes ini tanaman setimpal dengan usaha yang dikeluarkan. Di mana keadaan tanah memerlukan tiga kali bajakan sebelum ia boleh disemai dengan barli, adalah lebih baik membiarkan tanah rehat sepanjang musim panas daripada mengambil risiko yang sering berlaku selepas penanaman musim bunga. Sekiranya cuaca kering, kelembapan hilang semasa proses berlainan, dan tuaian yang tidak sempurna terhasil; sekiranya hujan keuntungan membajak rugi, dan kesemua keburukan benih basah akan kekal bagi tanaman masa hadapan. Kuantiti yang perlu disemaikan berbeza-beza bagi setiap kes, tergantung kepada mutu tanah dan keadaan-keadaan yang lain. Untuk tanah yang subur, lapan pek bagi setiap ekar (110 kg/ha) kekadang mencukupi, tetapi 12 pek seekar (160 kg/ha) adalah lebih biasa, dan untuk tanah yang tidak subur, lebih banyak pek diperlukan. Melalui anggaran yang baik, jumlah biji yag disemaikan adalah cukup-cukup sahaja untuk memastikan hasil yang penuh tanpa bergantung kepada penumbuhan tunas; sebenarnya, sewaktu cara ini diamalkan, hasilnya akan masak pada waktu yang sama, dan kesemua butirnya adalah baik.


Khasiat Barli yang perlu anda ketahui
Serat Barli Mampu Rendahkan Kolestrol Dalam Darah.



Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan.
Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tinnginya kira-kira satu meter.Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini dan merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.



Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ' waxy' lebih tinggi kandungan beta glucan daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggung jawab dalam menigkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi. Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsang penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di Englad melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim.Pesakit diabetes perlu mngawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijiran barli ini tidak diberika n kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ) Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.

Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia. Malah dikatakan dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin c dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli.
Bagi penyakit serius seperti arthritis dan barah, pengambilan jusramuan daun barli yang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik. Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh.Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan ikimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan